
KISAH SI BURUNG TEMPUA
Sangkut terendak dekat beranda, Orang papua anyam tak sudah; Jika tiada ada berita, Masakan tempua bersarang rendah.
Tuesday, May 18, 2010
Thursday, October 22, 2009
JANGAN DITANYA KENAPA?
Bila sering aku berkirim salam
Itu tandanya aku mendoakan kesejahteraan dirimu
Bila sering aku bertanyakan khabar
aku selalu mengingati dirimu
coretan yang selalu mengutusimu
hati yang sentiasa berdebar, menanti balas dengan tidak sabar
itu tandatanya aku merindui dirimu
bila hati selalu resah
menanti khabar sejahtera
bila rindu mencengkam hati
dan dirimu selalu dalam ingatan
itu tandanya
AKU SAYANG PADA MU!
JHTKPP
Monday, September 14, 2009
BERAKHIR SUDAH RAMADHAN INI
Ramadhan kini berlalu
Sekerat sabarku terbukti juga
Akulah Penanti yang tetap merindu
Setiap gema takbir sepanjang Syawal
Telah 2 Aidilfitri berlalu penantianku
Alangkah nikmatnya pemberian TUHAN
Dapat ku dengar keriangan hidup berlagu
Dapat ku rasakan kebahagiaan singgah di hati
Ramadhan dan Syawal ini yang ku nanti
Menjadikan hidupku ini bertambah bererti
Akan terus ku nanti lagi
Ramadhan dan Syawal menjelang
YA TUHAN !
Kuatkanlah di dadaku iman
Kukuhkanlah sabarku jangan hilang
Akan datang dan berlalu lagi Ramadhan
Buat terus menguji sabar
Si Penanti
Menunggu gema takbir Syawal
Agar menghadiahkan rasa gembira
Jikalah Ramadhan dan Syawal
Tiada lagi buat Si Penanti
Barangkali itu sudah ditakdirkan
Jhtkpp
Thursday, August 20, 2009
HADIRLAH RAMADHAN
Ramadhan
Telah pun hadir kini..
Membawa sejuta cabaran
Menguji gengaman keimanan
Memohon sejuta jua kesabaran
Menghadiahkan sejuta kebarkahan
Ramadhan
Kini datang lagi..
Masih adakah kesempatan
Untuk ku hirup
Hadirnya pagi yang hening
Bersama alunan Asma Ul Husna
Bersama bisikan ayat-ayat suci Tuhan
Yang menghadiahkan sejuta ketenangan
Yang menghadiahkan secebis kebahagiaan
Yang menghadiahkan sebuah keceriaan
Ramadhan
Kini hadirnya lagi
Biarpun……..
Bukan seperti ramadhan yang lalu
Bukan mustahil untuk mengharap
Pada kenangan …
Agar dapat aku bangun
Di keheningan malam
Bertawaduk
Berdiri dan sujud menyembah
Yang Maha Pencipta
Merintih , menghiba , memohon
Kekuatan dan kesabaran
Menitis airmata
Mengadu rasa
Memohon kecekalan dan ketaqwaan
Di Ramadhan ini …
Adakah lagi yang tinggal
Untuk mengajak ku ????
Melewati keindahan Ramadhan MU
Mengingati kesabaran dan
Mencari kebarkahan MU
Di Ramadhan ini
Aku menjadi perindu
Pada dua Ramadhan yang lalu
Ingin ku pulang menyusuri keredhaan Mu
Agar ku dapat mencari Lailatul Qadar ….
Ya ALLAH ………!
Berilah aku kekuatan dan kecekalan
Seperti Ramadhan yang lalu
Berilah aku kebahagiaan
Walau sedetik waktu mu.
JIKA 2008
Monday, August 10, 2009
PUISI BUAT SEORANG CIKGU
ENGKAU YANG KU PANGGIL CIKGU….
Cikgu..
Setiap kali musim bertamu
Memberi salam dan menyapa kenangan yang berlalu
Bulan yang silih berganti
Dan hari hari yang berlalu
Bagai mengerti perasaan itu
Yang belumpun pernah pudar
Yang belumpun pernah hilang
Walau sedetik waktu.
Cikgu
Secekal mana pun jiwamu
Sekeramat mana pun sifatmu
Sealim mana pun tingkahmu
Setinggi mana pun peradapanmu
Sedalam mana pun keikhlasanmu
Setulus mana pun kejujuranmu
Selama mana pun ingatanmu
Setebal mana pun ketabahanmu
Sekeras man pun hatimu
Engkaulah yang dipanggil cikgu
Punya hati dan rasa
Yang bernama manusia
Cikgu,
Tak perlu menafikan
Ada resah yang membelit
Ada rindu yang bertaut
Ada benci yang menjalar
Ada perkataan yang ingin dikatakan
Ada suara yang ingin didengar
Ada cerita yang ingin dikongsikan
Ada ego yang dipertahankan
Cuma masa yang mengerti
Cuma waktu yang menentukan
Di mana kita akhirnya nanti.
Apa pun guru
Hanya seungkap kata
Terima kasih cikgu.
Kerana menghadiahkan aku kehidupan bermakna
Terima kasih di atas segalanya….
JIKA MEI 2009
Wednesday, July 29, 2009
PUISI BUAT TEMAN
Teman,
Bagai waktu dalam perlarian waktu
Dalam diam aku cuba mengusir
Sebuah kehadiran
Yang aku tidak pernah duga
Yang entah dari mana
Tapi……
Bagai teritip
Kukuh mendakap batu
Biarpun ombak menghampas….
Teman,
Makin lama aku makin lemas
Tenggelam dikaram rasa..
Teman,
Hidup kadangkala mati….
Tersepit antara senyuman dan airmata,
Berselerak , bersepah di mana-mana
Berkorban atau terkorban ,… kadangkala sama
Keanehan menjadi kebiasaan..
Kebahagiaan makin terkurung
Biarpun kebebasan di mana-mana
Biarpun kejujuran tidak pernah disoal
Namun cinta tidak pernah bernoktah
Atas nama perkahwinan.
Teman
Andaikata keriuhan itu api
Mungkin sudah lama aku hangus terbakar
Teman,
Andaikata kasih itu racun
Sudah lama aku rebah terkujur
Teman,
Nun jauh di sudut hati
Ku himpun kenangan – kenangan lalu
Bersama seribu persoalan
Ku tutup dan ku kunci..
Teman
Dalam perjalanan ini
Akan ku aturi langkah-langkah
Menyusuri denai sepi
Biarpun kelamnya makin terasa….
Teman…
Andaikata kehadiran ini
Menjadikan malam mu sepi
Berikan aku salammu
Agar aku tidak terus menunggu di situ
Akan ku batalkan niatku
Untuk menziarahimu
Teman andaikata kehadiran ini
Menjadikan siangmu ceria
Jawablah salam ku
Undanglah aku
Sebagai tetamu mu
Akan ku ceritakan
Cerita sang rajunatapa
Untuk seisi rumahmu
Teman,
Senyumlah…………
Berbicaralah………..
Sesungguhnya senyuman dan bicara mu
Akan hidup di hati ku
Sampai bila…bila…
Menemani ku sampai saat itu…..
JIKA JUN 2001