ENGKAU YANG KU PANGGIL CIKGU….
Cikgu..
Setiap kali musim bertamu
Memberi salam dan menyapa kenangan yang berlalu
Bulan yang silih berganti
Dan hari hari yang berlalu
Bagai mengerti perasaan itu
Yang belumpun pernah pudar
Yang belumpun pernah hilang
Walau sedetik waktu.
Cikgu
Secekal mana pun jiwamu
Sekeramat mana pun sifatmu
Sealim mana pun tingkahmu
Setinggi mana pun peradapanmu
Sedalam mana pun keikhlasanmu
Setulus mana pun kejujuranmu
Selama mana pun ingatanmu
Setebal mana pun ketabahanmu
Sekeras man pun hatimu
Engkaulah yang dipanggil cikgu
Punya hati dan rasa
Yang bernama manusia
Cikgu,
Tak perlu menafikan
Ada resah yang membelit
Ada rindu yang bertaut
Ada benci yang menjalar
Ada perkataan yang ingin dikatakan
Ada suara yang ingin didengar
Ada cerita yang ingin dikongsikan
Ada ego yang dipertahankan
Cuma masa yang mengerti
Cuma waktu yang menentukan
Di mana kita akhirnya nanti.
Apa pun guru
Hanya seungkap kata
Terima kasih cikgu.
Kerana menghadiahkan aku kehidupan bermakna
Terima kasih di atas segalanya….
JIKA MEI 2009