Thursday, August 20, 2009

HADIRLAH RAMADHAN

RAMADHAN INI


Ramadhan
Telah pun hadir kini..
Membawa sejuta cabaran
Menguji gengaman keimanan
Memohon sejuta jua kesabaran
Menghadiahkan sejuta kebarkahan

Ramadhan
Kini datang lagi..
Masih adakah kesempatan
Untuk ku hirup
Hadirnya pagi yang hening
Bersama alunan Asma Ul Husna
Bersama bisikan ayat-ayat suci Tuhan
Yang menghadiahkan sejuta ketenangan
Yang menghadiahkan secebis kebahagiaan
Yang menghadiahkan sebuah keceriaan

Ramadhan
Kini hadirnya lagi
Biarpun……..
Bukan seperti ramadhan yang lalu
Bukan mustahil untuk mengharap
Pada kenangan …
Agar dapat aku bangun
Di keheningan malam
Bertawaduk
Berdiri dan sujud menyembah
Yang Maha Pencipta
Merintih , menghiba , memohon
Kekuatan dan kesabaran
Menitis airmata
Mengadu rasa
Memohon kecekalan dan ketaqwaan

Di Ramadhan ini …
Adakah lagi yang tinggal
Untuk mengajak ku ????
Melewati keindahan Ramadhan MU
Mengingati kesabaran dan
Mencari kebarkahan MU

Di Ramadhan ini
Aku menjadi perindu
Pada dua Ramadhan yang lalu
Ingin ku pulang menyusuri keredhaan Mu
Agar ku dapat mencari Lailatul Qadar ….


Ya ALLAH ………!
Berilah aku kekuatan dan kecekalan
Seperti Ramadhan yang lalu
Berilah aku kebahagiaan
Walau sedetik waktu mu.

JIKA 2008

Monday, August 10, 2009

PUISI BUAT SEORANG CIKGU

ENGKAU YANG KU PANGGIL CIKGU….


Cikgu..
Setiap kali musim bertamu
Memberi salam dan menyapa kenangan yang berlalu
Bulan yang silih berganti
Dan hari hari yang berlalu
Bagai mengerti perasaan itu
Yang belumpun pernah pudar
Yang belumpun pernah hilang
Walau sedetik waktu.


Cikgu
Secekal mana pun jiwamu
Sekeramat mana pun sifatmu
Sealim mana pun tingkahmu
Setinggi mana pun peradapanmu
Sedalam mana pun keikhlasanmu
Setulus mana pun kejujuranmu
Selama mana pun ingatanmu
Setebal mana pun ketabahanmu
Sekeras man pun hatimu
Engkaulah yang dipanggil cikgu
Punya hati dan rasa
Yang bernama manusia


Cikgu,
Tak perlu menafikan
Ada resah yang membelit
Ada rindu yang bertaut
Ada benci yang menjalar
Ada perkataan yang ingin dikatakan
Ada suara yang ingin didengar
Ada cerita yang ingin dikongsikan
Ada ego yang dipertahankan
Cuma masa yang mengerti
Cuma waktu yang menentukan
Di mana kita akhirnya nanti.

Apa pun guru
Hanya seungkap kata
Terima kasih cikgu.
Kerana menghadiahkan aku kehidupan bermakna
Terima kasih di atas segalanya….

JIKA MEI 2009